Teh masala kaw lemak manis berkrim, memang terasa nikmatnya. Ini langkah senang nak buat

FoodCooking
7 Aug 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

HIDANGAN teh masala atau turut dikenali sebagai masala chai adalah minuman yang popular di India.

Ia disediakan dengan menambah rempah-ratus bagi memberikan rasa yang lebih umph.

Ingin tahu bagaimana rasanya?

Apa kata anda cuba resipi teh masala yang kaw lemak manis berkrim dan lazat hasil perkongsian Aisyah Humaira di laman Facebook.

Ujar Aisyah, minuman itu sedap dihirup ketika sudah suam.

image is not available

image is not available

“Dia punya kaw melekat pada segenap rongga mulut.

“Mereka yang tak suka rasa rempah, tak perlu letak bahan tersebut tetapi hasilnya teh kaw sahaja, tidak lagi teh masala,” katanya.

image is not available image is not availableBerikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediannya.

Bahan-bahan
3 liter air
7 uncang teh [BELI DI SINI]
5 biji bunga cengkih kecil [BELI DI SINI]
3 biji buah pelaga [BELI DI SINI]
Secubit jintan manis [BELI DI SINI]
1 batang kulit kayu manis [BELI DI SINI]
2 inci halia diketuk [BELI DI SINI]
5 sudu besar susu pekat atau mengikut manis disukai [BELI DI SINI]
1 cawan susu kotak [BELI DI SINI]
2 sudu besar susu tepung [BELI DI SINI]

 

image is not available

Cara penyediaan:
1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan uncang teh dan setelah mendidih, masukkan semua bahan rempah dan halia.

2. Dalam satu bekas lain, masukkan susu kotak, susu pekat dan susu tepung. Kacau hingga semua bahan larut.

3. Tuang susu yang telah dibancuh tadi ke dalam periuk teh. Kacau sebati. Siap dan sedia untuk dihidang. Jika suka warna yang pekat, boleh lebihkan teh dan susu pekat.

image is not available image is not available

Melihat kepada cara penyediannya, mudah sangat dibuat.

Dengan kuantiti air sebanyak 3 liter, boleh minum lebih lima orang kot.

Jadi, jika ada tetamu beritahu hendak datang bertandang ke rumah, bolehlah sediakan minuman tersebut.

Asyik teh tarik atau teh o, apa kata kita hidangkan pula teh masala.

Baru ada kelainan, kan? Mesti ramai suka

Selamat mencuba semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang