Tehran Dakwa Kapal Pengangkut Pesawat AS USS Abraham Lincoln Berundur Selepas ‘Dineutralkan’

WorldPolitics
15 Mar 2026 • 10:50 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

ANKARA – Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) USS Abraham Lincoln (CVN-72) telah meninggalkan kawasan operasi di rantau itu selepas ‘dineutralkan’ oleh pasukan tentera Iran, dakwa jurucakap Staf Am Angkatan Tentera Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Memetik jurucakap, Abolfazl Shekarchi, media Iran pada Sabtu melaporkan bahawa kapal pengangkut pesawat tersebut berundur dari rantau berkenaan susulan apa yang disifatkannya sebagai “kekalahan bersejarah.”

Shekarchi menggesa negara serantau supaya tidak mempercayai AS dan berkata ‘kuasa khayalan’ Washington tidak dapat menjamin keselamatan negara Islam.

Beliau juga menyeru perpaduan dalam kalangan negara Islam untuk menghadapi apa yang disifatkannya sebagai ancaman yang diketuai oleh AS dan Israel.

Jurucakap itu berkata, USS Abraham Lincoln (CVN-72), yang ditempatkan di rantau tersebut, adalah antara sasaran angkatan tentera Iran.

“Kapal perang terbesar AS telah dineutralkan oleh kekuatan negara Islam Iran dan terpaksa berundur dari zon operasi dalam satu kekalahan bersejarah,” katanya.

Shekarchi mendakwa kapal pengangkut pesawat itu telah memulakan perjalanan pulang ke AS, tanpa memberikan butiran lanjut.

Menurut kenyataan AS sebelum ini, USS Abraham Lincoln (CVN-72) telah ditempatkan di Teluk Oman, manakala kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford (CVN-78) beroperasi di Laut Merah. – Bernama–Anadolu

The post Tehran Dakwa Kapal Pengangkut Pesawat AS USS Abraham Lincoln Berundur Selepas ‘Dineutralkan’ appeared first on The Malaysian Update.