Tekan butang ‘intercom’ jika nampak aksi tidak senonoh penumpang KTM

14 Sep 2026 • 1:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tekan butang ‘intercom’ jika nampak aksi tidak senonoh penumpang KTM

PETALING JAYA – Penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dinasihatkan menekan butang ‘intercom’ di dalam tren bagi memaklumkan kepada pemandu sekiranya berlaku sebarang perlakuan tidak senonoh atau mencurigakan.

KTM menerusi maklum balas di Threads berkata, tindakan itu membolehkan pemandu tren dimaklumkan mengenai kejadian untuk mendapatkan bantuan segera.

“Jika situasi sama berlaku pada masa akan datang, sila tekan butang intercom di dalam tren untuk memberi amaran kepada pemandu tren atau hubungi 03-2263 1194 (Pusat Kawalan Polis Bantuan KTMB) untuk mendapatkan bantuan segera,” katanya.

KTM berkata demikian sebagai respons terhadap hantaran seorang pengguna Threads, @jagten007, yang mendakwa menyaksikan seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh ketika berada di dalam tren KTM, semalam.

Pengguna berkenaan berkata, dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur ketika ternampak lelaki terbabit melakukan perbuatan berkenaan sebelum individu itu turun di Stesen Setia Jaya.

“Saya baru sahaja dalam perjalanan ke KL dan ternampak lelaki ini melakukan perkara tidak senonoh dalam KTM.

“Selepas itu, dia memakai gelang tiket dan turun di Stesen Setia Jaya,” katanya.

Menurutnya, dia percaya lelaki terbabit menuju ke Sunway Pyramid bagi menghadiri satu acara dan mengingatkan pengunjung supaya berwaspada.

Hantaran tersebut turut disertakan rakaman video kejadian yang sebelum ini dimuat naik di TikTok, namun didakwa telah diturunkan daripada platform berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Tekan butang ‘intercom’ jika nampak aksi tidak senonoh penumpang KTM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved