Tekanan terhadap ringgit diharap berkurang selepas kemelut hutang AS selesai

LocalPolitics
31 May 2023 • 1:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR - Tekanan terhadap mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) diharap akan berkurangan apabila isu siling hutang AS selesai dalam tempoh beberapa hari akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, kerajaan sedang menunggu perkembangan terkini berhubung isu siling hutang AS dijangka diselesaikan dalam dalam tempoh lima hingga enam hari lagi sebelum mengambil sebarang tindakan.

Kerajaan AS sedang berusaha menyelesaikan isu siling hutang itu secepat mungkin, manakala Presiden AS, Joe Biden juga menyebut bahawa pentadbirannya akan cuba menyelesaikan isu tersebut sebelum 6 Jun depan.

"Tinggal beberapa hari sahaja lagi (sebelum tarikh akhir), kita harap perkara itu selesai, maka ringgit harapnya tidak sebagaimana apa yang berlaku hari ini," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas selesai mengadakan lawatan rasmi ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi mendengar taklimat berhubung kedudukan pasaran modal dalam negara. - Bernama