‘Teknologi IBS boleh jimat kos, percepat bina rumah berkualiti’

7 Nov 2022 • 4:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Proses membina bangunan menggunakan Sistem Binaan Perindustrian (IBS) mudah dan pantas, seperti memasang Lego berketepatan tinggi.

“Bukan sahaja ia ringan, kerangka keluli IBS sangat kuat, tahan lama. Malah teknologi IBS diiktiraf kerana kecekapannya dalam mempercepatkan projek pembinaan,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Beauvillas, Elaina Soon pada bengkel Rumah Mesra SMJ pertama yang diadakan untuk 40 kontraktor di kilang dan pejabat Beauvilla, baru-baru ini.