Teknologi maklumat berpotensi jadi sebahagian ekonomi arus perdana: Fahmi

19 Jun 2023 • 10:14 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar) berkata bidang teknologi maklumat berpotensi menjadi sebahagian daripada ekonomi arus perdana.

Beliau berkata ini berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan kejayaan negara dalam menarik minat pemain industri teknologi data untuk melabur di Malaysia.

“... dalam enam, tujuh bulan kebelakangan ini, Malaysia menjadi destinasi pelaburan untuk pusat pemprosesan data dan ini membolehkan kita ada superhighway untuk data... kalau kita dah ada lebuh raya untuk pemprosesan data ini, apa yang ekonomi kita boleh jana ...yang syarikat-syarikat di Malaysia boleh lakukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika ditemu bual penyampai Radio Emas Zaharah Othman semasa menghadiri Minggu Teknologi London baru-baru ini.

Fahmi berkata Malaysia juga perlu melakukan beberapa persiapan kerana penggunaan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas membabitkan penggubalan undang-undang dan kerangka kawal selia untuk memastikan teknologi itu selamat digunakan.

“Kita mesti ada beberapa persiapan terutama dalam bidang AI, apa kerangka kawal selia, undang-undang yang kita kena ada untuk memastikan AI ini selamat digunakan serta dimanfaat sekali gus boleh membantu kita meningkatkan produktiviti dan ekonomi,” katanya. - Bernama