Teknologi penapis punca jualan palsu air zamzam dikesan

29 Aug 2022 • 3:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 OGOS: Teknologi penapis yang menghasilkan air seakan rasa air zamzam antara faktor menyebabkan jualan air tersebut dikesan di pasaran ketika ini.

Timbalan menteri hal ehwal agama berkata air zamzam tidak dijual di negara ini selaras undang-undang Arab Saudi yang melarang air itu diperdagang, lapor Berita Harian.

“Air zamzam tidak dijual di pasaran. Hanya agensi berkaitan urusan haji dan umrah dibenarkan membawa pulang air zamzam untuk diagihkan kepada jemaah secara percuma. Tiada jual beli.

“Tapi sekarang ada beberapa penapis air tertentu yang mempunyai rasa seperti air zamzam. Itu yang menyebabkan berlakunya pemalsuan,” kata Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor menumpaskan satu sindiket membotolkan air zamzam disyaki palsu selepas menyerbu sebuah kilang di Taman Ekoperniagaan 2, Senai.

Julai lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di negara ini mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zamzam.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved