Teknologi pendidikan perlu seimbang

LocalTechnology
20 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Teknologi pendidikan perlu seimbang

KOTA BHARU – Kemajuan teknologi dalam pendidikan perlu diseimbangkan dengan penerapan nilai, etika dan kemanusiaan bagi memastikan pembangunan pendidikan yang holistik dan mampan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Majlis Amanah Rakyat (Mara), Zahari Aziz berkata, kerjasama antarabangsa dalam memperluas perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik penting bagi membangunkan sistem pendidikan yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

“Apabila kita bergerak menuju Pendidikan 5.0, tumpuan kita tidak boleh terhad kepada kemajuan teknologi semata-mata. 

“Teknologi dan inovasi perlu dipandu oleh nilai, etika dan kemanusiaan bagi melahirkan individu yang berkeupayaan intelektual, bertanggungjawab kepada masyarakat serta mempunyai jati diri yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Antarabangsa Pendidikan Kali Ke-4 (ICTE) yang menghimpunkan lebih 4,000 peserta di sini kelmarin.

Persidangan bertemakan Transforming Educators for Education 5.0: Bridging Technology, Innovations and Values itu turut menyaksikan penyertaan 718 kumpulan dalam pertandingan inovasi digital yang mengetengahkan elemen kecerdasan buatan (AI), integriti dan kelestarian.

Pertandingan inovasi digital menyaksikan empat Diamond Award diberikan kepada kategori Professional Innovator, Ace Innovator, Pioneer Innovator dan Novice Innovator.

Lima penerima turut diiktiraf menerusi Anugerah Poster Terbaik ICTE, termasuk wakil KPTM Ipoh, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Universiti Teknologi Mara, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Universiti Malaya.

Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Radzuan Razali berkata, perkongsian ilmu dan pembentukan jaringan kerjasama merupakan antara manfaat penting yang perlu dibawa pulang oleh peserta. 

Beliau menyifatkan kehadiran sarjana, pemikir dan pendidik dari dalam serta luar negara sebagai bukti bahawa ilmu mampu menghubungkan masyarakat tanpa batasan geografi. -KOSMO! ONLINE

The post Teknologi pendidikan perlu seimbang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved