Teknologi pengeringan ikan ubah nasib nelayan Tok Bali

LocalTechnology
6 Aug 2026 • 2:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Teknologi pengeringan ikan ubah nasib nelayan Tok Bali

PASIR PUTEH – Penantian sekumpulan nelayan B40 di Penempatan Semula Nelayan Tok Bali (PSNTB) di sini untuk menikmati kehidupan lebih baik kini semakin menjadi kenyataan apabila mereka menerima suntikan teknologi moden yang dijangka mampu menggandakan nilai hasil tangkapan sekali gus meningkatkan pendapatan keluarga.

Menerusi Projek Pemerkasaan Ekonomi Nelayan B40 yang dibiayai Yayasan Hasanah, seramai 16 nelayan bersama 15 pengusaha ikan bekok dan ikan kering dipilih menyertai projek yang memperkenalkan teknologi pengeringan ikan i-Sundryer Modular, sekali gus mengubah kaedah tradisional yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada cuaca.

Ketua Projek dari Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Johari Abdullah berkata, projek yang bermula Januari lalu sehingga Februari tahun depan itu dengan penggunaan teknologi i-Sundryer Modular.

Katanya, teknologi tersebut mampu mengurangkan tempoh pengeringan ikan daripada lima hingga tujuh hari kepada hanya tiga hingga enam jam, selain menghasilkan ikan kering yang lebih bersih, berkualiti tinggi, tahan lebih lama dengan nilai pasaran lebih tinggi.

“Teknologi itu bukan sahaja mempercepatkan proses pengeluaran, malah memberi peluang kepada nelayan menjual produk pada harga yang lebih kompetitif dan meningkatkan pendapatan isi rumah mereka.

“Peserta projek turut menerima bantuan peralatan, latihan teknikal, pembangunan produk serta sokongan pemasaran bagi membolehkan mereka mengembangkan perusahaan secara lebih sistematik,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian pukat kepada 16 nelayan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

The post Teknologi pengeringan ikan ubah nasib nelayan Tok Bali appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved