Teknologi Proses Intel 18A Kini Sedia Untuk Menerima Tempahan Pelanggan

TechnologyDigital
24 Feb 2025 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebahagian daripada pelan mantan CEO Intel, Pat Gelsinger apabila beliau mengambil-alih syarikat tersebut pada tahun 20 ialah untuk menjadikan mereka kembali menjadi pengeluar cip semikonduktor terbesar di dunia. Dengan pelan IDM 2.0 dan juga Intel 5N4Y, beliau mempunyai pelan untuk memesatkan teknologi pengeluaran cip intel dengan menaiktarafkan nod pengeluaran cip semikonduktor Intel sebanyak lima kali dalam masa empat tahun.

Pelan tersebut dilihat membuahkan hasil apabila teknolog proses pengeluaran terbaru mereka, iaitu Intel 18A kini nampaknya hampir sedia untuk digunakan untuk tujuan mengilangkan cip semikonduktor yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat lain.

image is not available

Laman web Intel 18A telah dikemaskini dengan kenyataan “Intel 18A is now ready for customer projects with the tape outs beginning in the first half of 2025“. Ini bermakna bahawa Intel boleh mula mengilangkan sebarang rekaan cip semikonduktor ataupun pemprosesan yang menggunakan proses teknologi maju 18A (18 Angstrom, atau 1.8mm), dengan pengeluaran pertama akan tiba pada separuh pertama tahun ini.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Beberapa cip pemprosesan Intel sendiri, iaitu Panther Lake, Nova Lake dan Xeon Clearwater Forest akan dikeluarkan menggunakan proses Intel 18A pada tahun ini juga. Ini setelah siri cip pemprosesan Meteor Lake, Lunar Lake, Alder Lake dan Rocket Lake semuanya dikilangkan oleh TSMC.

Pada penghujung tahun lepas, ia telah dilaporkan bahawa jumlah pengeluaran cip semikonduktor yang boleh digunakan dengan proses 18A ini adalah sangat rendah. Broadcom diantara syarikat yang mengatakan perkara tersebut apabila mengujinya sebelum ini.

Dengan kenyataan baru oleh Intel ini, dan juga bagaimana cip-cip pemprosesan mereka sendiri akan dikilangkan dengan proses tersebut, ini mungkin bukti bahawa jumlah pengeluaran cip menggunakan proses ini telah diperbaiki sejak laporan tersebut dikeluarkan.