Teks BM disaran jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan

9 Jan 2023 • 6:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Idrus Harun

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pada Isnin mencadangkan agar edisi Perlembagaan Persekutuan yang diterjemah ke Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.

Beliau berkata untuk berbuat demikian, cadangan itu memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Perlembagaan Persekutuan bertindak sebagai asas kita dalam melaksanakan dasar pengasingan kuasa. Justeru, bagi tahun 2023, menurut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.

"AGC juga akan mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa kebangsaan menjadi teks rasmi selaras dengan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan. Kedua-dua cadangan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam ucapan pada pembukaan Tahun Perundangan 2023 di sini pada Isnin.

Antara pindaan perlembagaan bersejarah baru-baru ini ialah mengurangkan umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Beliau berkata, pindaan yang berterusan kepada undang-undang sedia ada mencerminkan perubahan dan ini dilakukan bagi memastikan versi terkini tersedia untuk orang ramai.

"Teks undang-undang yang telah disemak dan dicetak semula juga boleh didapati secara dalam talian melalui Portal Perundangan Persekutuan Malaysia,” katanya.- Bernama.

View Original Article