Teksi Ikonik London Curi Perhatian – Mesra OKU, Jarak Hampir 500 KM!

WorldCars
30 Apr 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kalau berkunjung ke London, pasti anda tidak akan terlepas pandang teksi hitam ikonik yang menjadi lambang kota itu, teksi TX5. Penulis berpeluang untuk melihat model ini dengan dekat semasa mengunjungi Geely Global Intelligent Mobility Expo yang diadakan di Hangzhou, China, pada 25 April lalu.

Namun, tahukah anda, jenama teksi ikonik ini iaitu London Electric Vehicle Company (LEVC), juga salah satu daripada jenama di bawah Geely, yang turut memegang jenama Proton di Malaysia.

Kenderaan Elektrik Jarak Jauh

image is not availableimage is not available

Dahulunya dikenali sebagai The London Taxi Company sebelum diambil alih oleh Geely, TX5 menggunakan sistem kenderaan elektrik jarak jauh. Ia bukan sekadar bergantung kepada bateri atau enjin petrol semata-mata, sebaliknya menggabungkan kedua-duanya.

Model ini dilengkapi motor elektrik yang menerima kuasa daripada pek bateri besar. Jika tenaga bateri berkurangan, enjin tiga silinder petrol yang dibangunkan Volvo akan berfungsi sebagai penjana untuk mengecas semula bateri, membolehkan teksi ini terus bergerak tanpa keperluan pengecasan segera.

image is not available

image is not availableimage is not available

Berdasarkan hasil ujian yang pernah dibuat sebelum pelancarannya, TX5 mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 482 km dalam satu perjalanan penuh, tiga kali ganda lebih jauh daripada jarak harian biasa teksi London!

Mesra Pengguna, Mesra OKU

Reka bentuk dalaman TX5 kelihatan terhadap keselesaan dan keperluan semua penumpang. Kabinnya boleh memuatkan sehingga enam orang, dan turut dilengkapi ramp untuk memudahkan akses pengguna kerusi roda, ciri yang sepatutnya menjadi standard untuk teksi-teksi moden di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

image is not availableimage is not available

Turut disertakan ialah ruang bagasi di sebelah pemandu, bumbung kaca panoramik serta sistem infotainmen terkini yang boleh disambung dengan telefon pintar dan menerima kemas kini perisian secara Over-the-Air (OTA).

View Original Article