Tekstur Keras & Berwarna Hitam, Lelaki Dakwa Ayam Goreng ‘Crispy’ Mirip Ekor Tikus

1 Aug 2022 • 10:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tekstur Keras & Berwarna Hitam, Lelaki Dakwa Ayam Goreng ‘Crispy’ Mirip Ekor Tikus

Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu video dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa bahawa ayam goreng ‘crispy’ yang dibeli olehnya mirip seperti ekor tikus.

Memetik laporan Suara.com, ayam goreng rangup itu dipercayai telah dibeli dari sebuah restoran.

Bagaimanapun, ketika ingin memakannya, bentuk ayam tersebut dilihat lain dari yang lain kerana ia didakwa mempunyai ekor yang panjang dan berwarna hitam, seakan ekor tikus.

Malah, tekstur ayam itu juga dipercayai agak keras dan tidak menyerupai daging ayam.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar ekor tikus seperti yang didakwa atau ia hanyalah bahagian tulang ayam.

“Pentingnya teliti dahulu sebelum makan,” tulis akaun yang menyiarkan video itu.

 

Sehingga kini video tersebut telah mendapat ribuan tontonan dan dihujani pelbagai komen dari netizen.

“Hati-hati kalau makan ayam penyet,” kata netizen.

“Jadi malas makan di luar,” kata seorang lagi netizen.

Sebelum ini, kejadian hampir sama turut berlaku di negara tersebut yang memperlihatkan seorang pengguna media sosial mendakwa terdapat daging tikus di dalam bebola bakso yang dimakan olehnya.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh pihak berkuasa di sana setelah melakukan ujian makmal.

Media melaporkan bahawa bebola daging itu dibuat dengan menggunakan bahan mentah daripada campuran daging lembu dan bukannya daging tikus.

Sumber: Suara.com