Telefon berkuasa Snapdragon 8 Gen 2 dan BMW M adalah telefon pertama iQoo di Malaysia

Digital
17 Nov 2022 • 2:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nama iQoo mungkin tidak dikenali ramai tetapi ia pasti diketahui peminat telefon gaming tegar. Ia adalah jenama gaming di bawah Vivo, menghasilkan telefon pintar gaming berkuasa tinggi. Berita baik untuk peminat di Malaysia, iQoo akan melancarkan telefon pertama mereka di sini tidak lama lagi.

Beberapa petunjuk telah dikongsi di Facebook rasmi iQoo Malaysia, antaranya kerjasama mereka dengan BMW M Motorsport. Perkara ini tidaklah mengejutkan kerana kerjasama ini telah lama dibuat di peringkat antarabangsa.

image is not available

Tetapi berita terbaru yang dikongsi oleh iQoo Malaysia hari ini sangat mengujakan. Ini kerana iQoo menyatakan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar iQoo 11 di Malaysia tidak lama lagi, mungkin menjadikan Malaysia sebagai antara negara terawal menerimanya.

Berita lebih baik adalah, iQoo Malaysia juga mengesahkan bahawa telefon pintar iQoo 11 akan dikuasakan cip Qualcomm yang baru diumumkan semalam, Snapdragon 8 Gen 2. Ini adalah cip paling hebat keluaran Qualcomm sekarang, menggantikan tempat Snadpragon 8 Gen 1 yang dilancar tahun lepas dan menguasakan kebanyakan telefon pintar flagship tahun ini.

image is not available

Tarikh pelancaran iQoo 11 masih belum dimaklumkan. Lain-lain perkara tentang iQoo 11 juga masih samar-samar, tetapi ada maklumat tentangnya telah diperkatakan. Antaranya, ia akan menggunakan skrin AMOLED E6 Samsung, resolusi Quad HD dan kadar penyegaran 144Hz.

iQoo 11 juga akan dilengkapi RAM sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 512GB. Baterinya sebesar 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 100W. Kamera pula dikatakan ada tiga di belakang, iaitu kamera utama 50MP, kamera ultralebar 13MP dan kamera telefoto 13MP.

Nantikan laporan dari kami untuk sebarang kemaskini terbaru tentang iQoo 11. Dengan ini, iQoo akan mencabar jenama telefon gaming sedia ada di Malaysia seperti Asus ROG Phone, Black Shark serta Redmagic.

[Sumber: iQoo]

Bacaan Berkaitan