Telefon Boleh-Lipat Honor Magic Vs 5G Bakal Dilancarkan Pada 23 November

TechnologyDigital
10 Nov 2022 • 2:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu di China pada 23 November ini. Maklumat mengenainya masih kekal menjadi tanda tanya sehinggalah hari ini Honor berkongsi secara terbuka. Ia menunjukkan pengenalan untuk Honor Magic Vs 5G yang merupakan peranti dengan skrin-boleh lipat kedua mereka.

image is not available

Buat masa ini tiada maklumat mengenai perkakasan dalaman yang didedahkan. Sebaliknya poster pelancaran yang dimuatnaik sekadar memperlihatkan sebahagian reka bentuk pada peranti. Magic Vs 5G dilihat mempunyai elemen yang sama seperti Magic V sebelum ini dengan skrin lipat pada bahagian dalam. Namun, ia dijangka boleh menjadi sebuah peranti yang lebih nipis atau ringan berbanding sebelum ini. Turut kelihatan adalah kewujudan lubang kecil pada skrin tersebut untuk perletakan kamera.

Maklumat yang dikongsi agak terhad setakat ini. Tetapi kita boleh menjangkakan Honor akan mendedahkan lebih banyak mengenainya dalam masa terdekat ini. Untuk makluman, pelancar baharu Honor iaitu Magic UI 7 turut akan diumumkan dalam acara ini.