Telefon dipantau! MB Johor dakwa jadi sasaran pengintipan digital

LocalPolitics
22 May 2026 • 9:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mendakwa telefon pintarnya dipantau dan diintip oleh pihak tertentu selepas menerima notifikasi amaran daripada Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau mercenary spyware terhadap akaun peribadinya.

Perkara tersebut dipandang serius

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan perkara itu dipandang serius kerana melibatkan keselamatan data dan pencerobohan terhadap hak privasi individu.

“Saya memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab,” tulisnya.

Laporan polis telah dibuat

Susulan itu, beliau berkata laporan polis akan dibuat selain mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada sebarang pencerobohan dan penyalahgunaan teknologi yang boleh mengancam keselamatan serta hak peribadi individu,” katanya.

Image from: Telefon dipantau! MB Johor dakwa jadi sasaran pengintipan digital

Sumber: Facebook Onn Hafiz Ghazi