Telefon Infinix dengan pengecasan 260W bakal dilancarkan

Digital
3 Mar 2023 • 5:31 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebelum ini, Infinix telah hadir dengan pengecasan pantas sehingga 180W untuk telefon Infinix Zero Ultra, tetapi Infinix mungkin akan melangkaui kelajuan pengecasan itu. Infinix dikatakan dalam usaha untuk menghasilkan telefon dengan pengecasan laju berwayar sehingga 260W.

image is not available

Sumber GSMArena menunjukkan gambar kepala pengecas 260W yang diletakkan bersebelahan dengan telefon seakan-akan Infinix Zero Ultra. Ia juga menyatakan sistem pengecasan 260W ini akan membawa pam pengecas 100W empat hala dan reka bentuk litar AHB (Advanced High-Performance Bus) dengan kawalan pengecasan yang selamat.

Berdasarkan sumber, pengecasan 260W ini mungkin akan diumumkan pada 9 Mac, tapi masih kabur lagi sama ada akan hadir dengan telefon baru ataupun akan menggunakan versi Infinix Zero Ultra yang telah diubah suai.

Bukan itu sahaja, Infinix juga dikatakan sedang menguji pengecasan wayarles 100W dengan membawakan reka bentuk gegelung tersuai untuk menambah baik kecekapan pengecasan, mengurangkan rintangan dalaman dan membolehkan pengecasan itu beroperasi pada kuasa puncak dalam tempoh yang lebih panjang.

Jika telefon Infinix bersama pengecasan 260W ini dilancarkan, ia adalah pengecasan yang kedua terlaju direkodkan selepas Redmi dengan pengecas 300W. Tapi yang setakat boleh dibeli adalah Realme GT3 dengan pengecasan 240W dan iQoo 10 Pro dengan pengecasan 200W. Oleh itu, kita boleh jangkakan pembuat telefon akan menghasilkan pengecasan yang lebih laju pada masa akan datang.

[Sumber: GSMArena]