Telefon ‘Lejen’, Nokia 3210 Kembali Semula Selepas 25 Tahun

Digital
10 May 2024 • 9:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Telefon ‘Lejen’, Nokia 3210 Kembali Semula Selepas 25 Tahun

Salah satu telefon bimbit terkenal suatu ketika dahulu, Nokia 3210 bakal kembali semula dengan nafas baharu sempena ulang tahun ke-25 peranti terbabit.

Telefon bimbit klasik yang pertama kali dilancarkan pada 1999 itu akan tampil dengan rupa yang lebih moden, sesuai dengan tahun 2024.

Human Mobile Device (HMD), pengeluar telefon bimbit Nokia berkata, pelancaran semula peranti yang dianggap sebagai ‘ikon budaya’ itu adalah selari dengan permintaan telefon bimbit ringkas sebagai detoks digital yang semakin meningkat.

Telefon ‘lejen’, Nokia 3210 kembali semula selepas 25 tahun, orang ramai dah tak sabar nak miliki

Menurut portal SCMP, Nokia 3210 versi 2024 itu akan dimuatkan dengan kamera 2MP dan menyokong panggilan 4G. Malah, permainan mudah alih ikonik Snake turut akan dikekalkan dalam versi terbaharu ini.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan mengesahkan peranti ini akan dipasarkan pada harga £74.99 (RM355). Manakala, model berkenaan akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Y2K Gold, Grunge Black serta Scuba Blue.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Nokia 3210 versi awal merupakan salah satu model telefon bimbit yang mempunyai tempat yang sangat istimewa dalam kalangan pengguna.

Kembali semula Nokia 3210 ini bakal menjadi sensasi baru dan rebutan ramai pengguna

Ramai daripada generasi terdahulu memilih model ini sebagai telefon bimbit pertama mereka.

Maka tak hairanlah, Nokia 3210 1999 juga menjadi salah satu model telefon bimbit yang mempunyai rekod jualan terbaik sepanjang masa.

Pemerhati dunia gajet, Ben Wood berkata model tersebut sekian lama dianggap sebagai salah satu model paling signifikan yang pernah dihasilkan oleh Nokia.

Beliau berpendapat, Nokia 3210 versi 2024 yang kembali semula ini adalah produk yang sempurna yang dapat memberikan imej lebih segar kepada model terdahulu.

Pada masa yang sama, rekaan turut dengan mengambil kira faktor warisan dan rekaan ikonik model 1999.

Ben juga tidak menolak model dengan rekaan terbaharu itu bakal mencetuskan sensasi tersendiri apabila dilancarkan kelak.

Sumber: SCMP