Telefon Modular HMD Fusion Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1,299

TechnologyDigital
21 Oct 2024 • 3:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HMD sejak kebelakangan ini kembali aktif di pasaran Malaysia. Majoriti peranti HMD di Malaysia diedarkan oleh Zitron iaitu pengedar yang sama dengan Nothing. Terbaru, HMD Fusion pula telah ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu satu lagi telefon dengan rekaan modular.

image is not available

HMD Fusion dilihat boleh menjadi pesaing kepada CMF Phone 1. Ini kerana HMD Fusion adalah peranti yang direka untuk mudah dibaiki dengan hanya membuka beberapa skru. Kemudian, peranti ini turut menyokong pelbagai aksesori melalui sambungan pin khas. Peranti ini dijual pada harga RM1,199 dengan satu Gaming Outfit untuk mengubah peranti menjadi konsol mudah alih diberikan.

image is not available

Setakat ini, aksesori lain yang ditawarkan adalah berasaskan kerangka pelindung seperti Flashy Outfit iaitu kerangka dengan LED flash pintar atau Wireless Charging Outfit yang mengaktifkan ciri pengecasan nirwayar. Rugged Outfit turut akan ditawarkan sebagai kerangka pelindung tahan lasak dengan perlindungan IP68 serta beberapa butang fizikal untuk kecemasan.

HMD Fusion hadir dengan skrin LCD 90Hz HD+ bersaiz 6.56-inci, dijana cip Snapdragon 4 Gen 2 yang dipadankan dengan memori 6GB RAM, dan storan dalaman 128GB. Untuk kamera belakang sensor 108+2 Megapixel disertakan, sementara kamera hadapan pula menerima sensor 50 Megapixel. Peranti tanpa kerangka modular menyokong perlindungan IP54 dan sistem speaker OZO. Untuk bateri pula ia berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 33W dan menjalankan Android 14 dengan sokongan kemas kini 2 tahun.

image is not available

HMD Malaysia menawarkan waranti oleh pembekal selama dua tahun untuk setiap pembelian di Malaysia. Buat masa ini masih tidak jelas di mana boleh dapatkan set alat ganti untuk peranti dengan rekaan mudah dibaiki generasi kedua ini. Di Amerika, kit baiki dijual melalui iFixit.