Telefon OnePlus terpilih akan tahan lebih lama dengan jaminan kemaskini sehingga 5 tahun

Digital
2 Dec 2022 • 10:59 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kalau anda perasan, banyak pengguna iPhone masih kekal menggunakan model lama seperti iPhone 6s atau iPhone 7. Antara alasannya adalah ia masih lagi menerima kemaskini keselamatan dan sistem operasi terbaru. Walaupun Android dilihat jauh ketinggalan dalam hal ini, satu-satunya yang mampu memberi cabaran kepada iPhone dalam aspek ini adalah Samsung, kerana mereka menjamin kemaskini Android sebanyak 4 kali dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun untuk hampir semua peranti flagship dan kelas pertengahan yang baru.

Pencapaian Samsung ini nampaknya akan diikuti oleh OnePlus apabila Pete Lau, pengasas OnePlus dan Ketua Pegawai Produk OnePlus, mengumumkan bahawa OnePlus akan menawarkan empat generasi kemaskini OxygenOS dan lima tahun kemaskini keselamatan, untuk peranti OnePlus terpilih.

Jaminan ini dimaklumkan akan bermula pada tahun 2023. Bagaimanapun, tidak pula dinyatakan model apakah yang terlibat serta adakah ia akan termasuk model yang baru dilancarkan seperti OnePlus 10T yang memiliki kuasa Snapdragon 8+ Gen 1.

Pengumuman OnePlus ini harus diberi pujian kerana berani untuk memberi jaminan yang panjang seperti Samsung. Malah, ia juga lebih lama daripada peranti Google sendiri di mana Pixel hanya dijanjikan kemaskini OS sebanyak 3 kali di samping kemaskini keselamatan selama 5 tahun. Abang besar OnePlus iaitu Oppo, juga hanya mampu menyatakan komitmen kemaskini OS 3 kali dan keselamatan 4 tahun bagi peranti flagship sahaja.

Mungkin dengan kenyataan OnePlus ini, ia akan membuka jalan lebih mudah untuk Oppo, Vivo dan Realme untuk turut sama menyediakan kemaskini perisian yang panjang. Malah, ini juga selangkah lebih dekat untuk menawarkannya kepada peranti kelas pertengahan dan mampu milik.

[Sumber: OnePlus, XDA]

Bacaan Berkaitan

View Original Article