Telefon Pintar Motorola Mungkin Diharamkan Kerana Melanggar Paten Ericsson

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon pintar Motorola mungkin akan diharamkan jualannya di Amerika Syarikat selepas Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) mendapati ia melanggar paten 5G milik Ericsson. Ericsson memfailkan aduan ke atas Lenovo yang merupakan syarikat induk Motorola kepada ITC tahun lalu.

image is not available

ITC dijadualkan mengeluarkan keputusan muktamad mengenai dakwaan Ericsson pada April tahun depan. Dalam aduan yang difailkan Ericsson, mereka mendakwa telefon daripada siri Motorola Moto G, Edge dan Razr melanggar paten yang berkaitan dengan komunikasi nirwayar mereka. Lenovo walau bagaimanapun menafikan dakwaan yang dilemparkan Ericsson.

Ericsson juga memfailkan aduan yang sama di Amerika Selatan, dan UK. Sebelum ini Ericsson memenangi perintah mahkamah melarang penjualan telefon pintar Lenovo di Brazil dan Colombia. Ini mendatangkan impak kepada Motorola yang memegang pasaran telefon pintar yang besar di Amerika Selatan.