Kebanyakan pengguna sering mengimpikan sebuah telefon pintar yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang, di samping spesifikasi yang setanding dengan harga. Biasanya keadaan ini boleh ditemui pada sebuah telefon pintar premium dengan harga yang lebih mahal.

Namun lama-kelamaan wujud pula keadaan yang membebankan pengguna selepas penggunaan dalam pelbagai senario. Lebih-lebih lagi bagi telefon pintar yang menggunakan skrin melengkung sepenuhnya, maka penjagaan rapi dan sempurna dari pelbagai aspek amatlah diperlukan. Hal ini bagi memastikan telefon pintar itu kekal cantik tanpa cela.
Tahan Lasak Semua Sudut Elak Risiko Kerosakan
Tapi tahukah semua sebenarnya ada sahaja telefon pintar mampu milik yang boleh bertahan lama? Untuk itu di sini kami mencadangkan telefon baharu HONOR X9b. Ini merupakan kesinambungan untuk HONOR X9a sebelum dengan tumpuan terhadap ketahanan berpanjangan malahan turut dipertingkatkan mutu binaannya untuk memberi lebih manfaat kepada pengguna.

HONOR kali ini telah menggunakan bahan binaan berteknologi Ultra-Bounce Anti Drop yang mengandungi tiga lapisan pelindung serba baharu pada peranti. Melaluinya ia dikatakan mampu menawarkan perlindungan yang komprehensif merangkumi kesemua bahagian tubuh peranti termasuk skrin dan komponen dalaman. Di samping mengurangkan risiko kerosakan disebabkan oleh kecuaian atau bahaya lain yang tidak disengajakan.
Selain itu juga HONOR X9b merupakan telefon pintar terawal yang melepasi pensijilan rintangan semua sudut daripada SGS Switzerland. Pencapaian ini sekaligus menjadikannya sebagai modal dalam meningkatkan komitmen HONOR sebagai jenama yang mampu menyediakan peranti serba baik, tidak kira cabarannya.


Misalnya seperti terjatuh daripada kereta, meja sewaktu bekerja, katil sewaktu bangun tidur dan paling teruknya di atas permukaan yang kasar. Contoh paling mudah kami ambil sesuatu keadaan yang sering berlaku dalam kehidupan harian manusia.
Tidak dinafikan ada dalam kalangan pengguna yang gemar menggunakan telefon sambil berjalan, tidak kiralah sama ada membalas mesej, menatal media sosial dan sebagainya. Kemudiannya langsung tidak perasan keadaan sekeliling di sesebuah lokasi. Situasi menjadi menjadi lebih teruk apabila terlanggar orang, tahu-tahu sahaja telefon sudah jatuh.

Kebimbangan dan panik sudah semestinya membelenggu kita pada waktu ini bukan? Masakan tidak kos membaiki khususnya yang melibatkan isu skrin pecah bukanlah murah, tapi boleh memakan ratusan dan ribuan ringgit bergantung pada jenis.
Bagaimanapun pastinya keadaan ini berubah apabila memiliki HONOR X9b kerana tiada isu berlaku khususnya melibatkan kerosakan pada skrin mahupun panel belakang peranti. Kalau nampak kesan calar, jangan mengeluh kerana boleh dianggap sebagai perkara biasa.
Kualiti Produk Tiada Tandingan
HONOR begitu komited dalam memastikan kualiti barangan tetap tinggi, di samping terus menambah baik penawarannya dalam usaha meningkatkan kepuasan pelanggan. Bukan apa kualiti sesuatu barangan amatlah penting buat pelanggan kerana disitulah ruang untuk mereka menilai sejauh mana pengeluar benar-benar memberi yang terbaik.

Menariknya lagi apabila HONOR juga tidak lokek menyediakan jaminan khusus atas produk yang dijual. Ini seterusnya memberi manfaat berganda kepada pengguna dan menyumbang kepada peningkatan dalam jualan bagi HONOR sendiri.

Sebagai contohnya kali ini HONOR menawarkan jaminan gantian retak depan dan belakang 365 hari dengan setiap pembelian HONOR X9b. Ini bermakna pengguna tidak perlu risau, lebih-lebih lagi mengenai skrin dan telefon boleh digunakan dengan selesa.
Hal ini dikatakan demikian kerana jaminan itu melibatkan tukar ganti keseluruhan skrin dan panel belakang dengan yang baharu. Lebih menariknya lagi apabila tempoh jaminan untuk kali ini adalah dua kali lebih panjang berbanding 180 hari sebelum ini pada peranti HONOR X9a.

Seperkara yang semua kena tahu, saiz skrin pada peranti juga kini lebih besar iaitu 6.78-inci yang sesuai untuk pelbagai keperluan pengguna hari ini. Bermulalah daripada pengalaman hiburan dan permainan di tahap maksimum. Di samping turut boleh menjadi peranti pilihan untuk kegunaan menonton pelbagai kandungan bersama keluarga dan tersayang.
Dengan resolusi 1.5K, keterangan mencapai 1200 nits dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion warna, semua butiran objek boleh dipaparkan dengan baik tanpa isu kecerahan. Pada masa sama sokongan kadar segar semula 120Hz pula menjadikan tatalan lancar tanpa isu animasi nampak perlahan melampau.

Kemampuan ini digabungkan juga dengan beberapa ciri khusus lain yang bantu mencegah serta mengurangkan kesan silau pada skrin telefon seperti ciri Circadian Night Display dan Dynamic Dimming.
Spesifikasi Setanding Harga
Diajak menyelami satu per satu kelebihan lain secara mendalam HONOR bijak dalam memberi bonus menarik lain. Adakah anda pernah terfikir peranti yang nipis juga sebenarnya mampu menawarkan kapasiti bateri cukup besar?

Perkara ini telah dibuktikan oleh HONOR melalui peranti ini yang mempunyai bateri 5,800mAh sekaligus menjadikannya mampu bertahan lebih lama. Menurut HONOR boleh bertahan hingga tiga hari lamanya yang bergantung juga kepada cara penggunaan masing-masing.
Telefon pintar ini turut diperhebatkan lagi dengan sistem kamera yang diberi naik taraf menarik dengan sensor utama 108MP, yang mana lebih besar berbanding 64MP pada generasi sebelum ini. Ini bermakna gambar lebih berkualiti boleh diambil dengan setiap inci butiran dikekalkan sehingga mampu memberi hasil yang jelas.


Pada masa sama boleh dianggap menarik yang seharusnya boleh menghasilkan gambar dalam pelbagai senario dengan baik, ditambah pula dengan algoritma AI terbina. Melengkapi sistem kamera ini juga ciri Millisecond Capture yang serupa ditawarkan pada HONOR Magic5 Pro.
Kemudiannya kesemua gambar dan fail dimiliki boleh disimpan dengan baik tanpa risau isu tidak cukup ruangan simpanan. Ini disebabkan oleh sokongan memori dan storan untuk kali ini juga lebih besar iaitu 12GB RAM + 256GB ROM.

Tidak hanya itu apabila sebagai bonusnya RAM tadi boleh ditambah secara maya sehingga 8GB RAM menerusi ciri HONOR RAM Turbo. Ini bermakna peranti boleh menawarkan sehingga 20GB RAM secara keseluruhan untuk pengalaman lebih lancar tanpa cela.
Seperkara yang perlu diberi perhatian adalah HONOR X9b dilengkapi rangkaian 5G terbina menerusi cip Snapdragon 6 Gen 1, malahan juga lebih jimat bateri. Maka tidak mengejutkan apabila HONOR mampu mengiklankan ketahanan peranti sehingga tiga hari penggunaan seperti diperkatakan tadi.
Boleh Pratempah Sekarang
Bagaimana? Berminat untuk mendapatkannya sebuah? Jadinya kalau anda sedang berkira-kira mencari sebuah peranti tahan lasak, senang untuk dijaga, selain spesifikasi setanding dengan harga dan ciri. Boleh cuba miliki HONOR X9b ini menerusi sesi pratempah yang dibuka sekarang.

Harga jualan ialah RM1,499 dengan beberapa warna menarik boleh dipilih seperti Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black. Menariknya lagi apabila HONOR turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM 978, yang terdiri dengan HONOR Choice Earbuds X5, HONOR Choice Moecen Band dan jaminan gantian retak skrin hadapan dan belakang selama setahun dengan setiap pembelian
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk membelinya satu sekarang! Untuk lebih banyak maklumat atau siaran terkini mengenai promosi pula boleh layari laman web rasmi HONOR Malaysia.
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia

