Telegram akan dipanggil bertemu dengan kerajaan untuk bincang hal keselamatan

7 Mar 2023 • 3:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bernama melaporkan yang Kementerian Komunikasi & DIgital (KKD) akan memanggil penyedia perkhidmatan Telegram untuk berbincangkan hal-hal berkaitan keselamatan dalam platform tersebut.

Menurut menterinya, YB Fahmi Fadzil, Telegram dikesan mengandungi percampuran maklumat benar dan juga tidak benar yang mungkin mengganggu ketenteraman masyarakat. Di sisi baiknya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri ada memanfaatkan saluran Telegram untuk menyampaikan maklumat.

Walau bagaimanapun, untuk memanggil Telegram tidaklah satu tugas yang mudah. Tak seperti Facebook, TikTok dan beberapa pengendali peranti sosial lain yang ada wakil ditempatkan di Malaysia, Telegram bukanlah salah satu daripadanya.

Berdasarkan laman FAQ Telegram, pembangun aplikasi ini berpindah randah daripada Berlin, London, Singapura, sebelum berpengkalan di Dubai buat masa ini. Menurut mereka lagi, sekiranya perlu, mereka akan berpindah lagi bergantung kepada perubahan perundangan tempat mereka berada.

CEO Telegram, Pavel Durov kini berada di Dubai dan mengemudi aplikasi ini dari sana.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved