Telegram menjadi sebuah lagi aplikasi media sosial yang akan menyertakan ciri Stories setelah sekian lama berjaya bertahan daripada meminjam ciri yang dipopularkan oleh Snapchat. Di Telegram, pengguna boleh menetapkan siapa yang boleh melihat Stories mereka. Ini adalah dalam kategori semua, rakan paling rapat, hanya insan dalam buku alamat dan dihadkan kepada sebahagian kecil pengguna dalam buku alamat.

Stories boleh dirakam menggunakan kamera swafoto dan belakang. Terdapat sokongan kapsyen serta pautan boleh diletakkan pada setiap Stories yang dimuat nail.Pengguna juga dibenarkan meletakkan tempoh 6, 12, 24, atau 48 jam sebelum ia dipadam. Terdapat juga pilihan untuk menyimpannya tetapi dihadkan dengan tetapan privasi tersendiri.
Menurut pengasas Telegram Pavel Durov, pada peringkat awal ramai merasakan ia mungkin ciri yang tidak berguna tetapi selepas ujian dilakukan ramai merasakan ia ciri yang berguna. Beberapa lagi kejutan akan didedahkan apabila Stories diberikan kepada semua pengguna Telegram dalam masa terdekat.
- Sumber
- Telegram



