Telegram Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna Aktif Bulanan

TechnologyDigital
20 Mar 2025 • 1:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengasas Telegram kini mengumumkan perkhidmatan permesejan berkenaan kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan, sekaligus menjadikannya aplikasi permesejan ketiga paling popular di dunia – dibelakang WhatsApp dan WeChat.

image is not available

Selain angka pengguna aktif yang meningkat, Telegram mengatakan penggunaan aplikasi tersebut secara menyeluruh sedang meningkat naik. Secara purata, pengguna membuka Telegram 21 kali setiap hari, dan meluangkan masa sekitar 41 minit menggunakan aplikasi berkenaan.

Pada tahun 2024 juga, Telegram telah menjana keuntungan sebanyak $547 juta, hasil daripada beberapa perkara, termasuk pengiklanan dan juga penawaran akaun Telegram Premium berbayar.

Dengan perkembangan sihat ini, pengasas Telegram mengataka mereka baru sahaja bermula, dan lebih banyak perkara baharu akan hadir ke platform berkenaan.