Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan popular, dan kini berkongsi menyatakan perkhidmatan berkenaan mempunyai lebih 900 juta pengguna. Disamping pengguna percuma, Telegram juga turut telah memperkenalkan perkhidmatan berbayar dibawah Telegram Premium – yang turut mempunyai jutaan pengguna yang melanggannya.
Dalam mempelbagaikan lagi sumber pendapatan, Telegram turut telah mula memperkenalkan sokongan pengiklanan, dan menyasarkan ia ditawarkan pada peringkat global pada bulan ini.
Melalui temuramah bersama Financial Times, Telegram menyatakan mereka kini menghampiri tahap keuntungan – dan menyasarkan untuk mencapainya sekitar tahun hadapan. Sebelum ini, mereka turut pernah menolak tawaran pengambil-alihan pada nilai melangkaui $30 bilion. Pada masa yang sama, pengasasnya turut mempertimbangkan untuk melakukan penawaran awam di Bursa. Namun, sebelum itu, Telegram perlu buktikan ia benar-benar boleh menjana pendapatan dengan ratusan juta penggunanya.


