Telegram Memperkenalkan Ciri Perkongsian Koleksi Kumpulan Sembang Dalam Bentuk Folder

TechnologyDigital
23 Apr 2023 • 10:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telegram kini mengumumkan beberapa ciri baharu pada aplikasi permesejan mereka, dan salah satu yang menjadi fokus adalah ciri perkongsian folder yang dipenuhi pautan akses ke saluran atau kumpulan Telegram, dinamakan Shareable Chat Folders.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna boleh berkongsi folder dalam bentuk pautan – sekaligus memudahkan rakan-rakan lain untuk mengakses koleksi kumpulan atau saluran yang anda ingin kongsikan. Rakan anda juga turut boleh menyertai semua kumpulan Telegram berkenaan dengan hanya satu tap sahaja serta merta.

Ini juga akan memudahkan pengguna berkongsi minat bersama yang lain. Untuk mencipta folder anda sendiri, anda boleh ke Settings > Chat Folders.

Disamping itu, Telegram kini turut menyertakan ciri Custom Wallpapers, sokongan bot yang lebih baik, dan juga antaramuka yang ditambah-baik.

Bagi anda yang menggunakan Telegram, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baharu ini.