Telegram Menyatakan Komitmen Bekerjasama Bersama SKMM Dan PDRM Dalam Membendung Jenayah

TechnologyDigital
19 Jun 2023 • 4:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini, akhirnya pihak Telegram telah bertemu dengan pihak berkuasa di Malaysia, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga Menteri Komunikasi dan Digital, bersama-sama dengan Ketua Polis Negara.

Melalui perjumpaan berkenan, pihak berkuasa di Malaysia yang diketuai Menteri Komunikasi dan Digital telah menyatakan berkenaan terlalu banyak kes jenayah yang berlaku di Telegram, termasuk penipuan pelaburan palsu, kandungan lucah dan jenayah atas-talian.

image is not available

Selari dengannya, pihak Telegram telah menyatakan komitmen dan bersedia untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama pihak SKMM dan PDRM. Kerajaan juga turut menekankan tidak akan berdiam diri terhadap penjenayah yang berselindung di sebalik identiti palsu.

Dengan langkah ini, ia dijangka membuka langkah dalam memastikan penawaran Telegram yang lebih selamat untuk digunakan orang ramai, terutamanya di Malaysia.