Telegram Mungkin Menarik Diri Dari Pasaran Brazil Selepas Diharamkan Mahkamah

TechnologyDigital
29 Apr 2023 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram, salah satu aplikasi permesejan popular, kini telah diarahkan oleh mahkamah Brazil untuk diharamkan akses selepas syarikat Telegram telah menolak permohonan negara berkenaan untuk mendapatkan maklumat pengguna yang berkongsi mesej berbentuk ekstremis.

Disebabkan oleh perkara ini, mahkamah telah meminta aplikasi permesejan berkenaan diharamkan di negara tersebut.

Selari dengannya juga, pengasas Telegram menyatakan yang mana data yang diminta oleh mahkamah sukar untuk didapati kerana cabaran teknologi. Pada masa yang sama, pengasas Telegram turut menyatakan mereka lebih terbuka untuk keluar dari negara berkenaan berbanding mengkhianati pengguna yang percaya pada mereka.

Buat masa ini, Telegram turut telah keluar dari negara China, Iran dan juga Rusia.