Telegram Premium Dilancarkan – Berharga RM22.90 Sebulan

TechnologyDigital
20 Jun 2022 • 7:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telegram hari ini melancarkan Telegram Premium secara rasminya, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan kepada para pelanggan perkhidmatan berkenaan. Namun, apa yang mengejutkan adalah dari segi harga langganannya.

Telegram Premium ditawarkan pada harga RM22.90 sebulan untuk pengguna tempatan – yang mana agak mahal jikalau dibandingkan dengan perkhidmatan penstriman muzik mahupun video yang lebih berharga rendah.

image is not available

Telegram Premium menyertakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk antaranya adalah:

  • Had berganda untuk semua – boleh sertai lebih 1000 Channel, melakukan lebih 20 folder, menambah 4 akaun dan sebagainya.
  • Had muat-naik 4GB – Telegram Premium membolehkan anda muat-naik sehingga 4GB
  • Kelajuan muat-turun lebih laju
  • Sokongan audio ke teks
  • Tiada Pengiklanan
  • Sticker Premium, dan lain-lain

Bagi anda yang menggunakan Telegram pada iPhone, ciri ini sudah boleh diakses melalui kemaskini terbaru. Kemaskini untuk Android dijangka menyusul.

Pada harga RM22.90, adakah anda akan melanggan Telegram Premium?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved