Telegram Premium Kini Mempunyai Lebih 4 Juta Pelanggan

TechnologyDigital
9 Dec 2023 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengasas Telegram kini berkongsi pencapaian terkini platform permesejan berkenaan, menyatakan kini ia mempunyai lebih 4 juta pelanggan berbayar untuk perkhidmatan Telegram Premium.

image is not available

Telegram Premium telah diperkenalkan sekitar setahun setengah yang lepas, menawarkan beberapa ciri tambahan melaluinya, termasuk sokongan muat-turun lebih pantas, kebolehan berkongsi fail bersaiz lebih besar, sokongan folder, sokongan kandungan tambahan, dan sebagainya.

Dengan angka 4 juta pelanggan berbayar ini, pihak Telegram turut menyatakan ia adalah antara perkhidmatan dengan angka pelanggan berbayar yang meningkat pantas dalam kalangan aplikasi permesejan.

Di Malaysia, Telegram Premium ditawarkan pada harga RM16.90 sebulan, atau pelan tahunan pada harga sekitar RM127.90 setahun.