Telegram Stories Kini Boleh Digunakan Oleh Semua Pengguna

TechnologyDigital
15 Aug 2023 • 10:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram hari ini menawarkan kemaskini kepada aplikasi Telegram, sekaligus mengaktifkan ciri Telegram Stories kepada semua pengguna. Ciri ini sebelum ini terhad kepada pengguna berbayar sahaja, tetapi kini ia turut boleh digunakan pengguna Telegram percuma.

image is not available

Melalui Telegram Stories, pengguna boleh berkongsi gambar atau video sebagai kemaskini sosial, yang mana akan hilang selepas suatu tempoh masa. Pengguna juga turut boleh melakukan tetapan seperti tidak boleh merakamkan skrin dan sebagainya.

Pengenalan ciri ini juga dilihat merupakan sebahagian langkah Telegram untuk menjadi lebih daripada sebuah aplikasi permesejan sahaja seperti dikenali sebelum ini.

Bagi pengguna Telegram, anda boleh mengemaskini aplikasi anda, dan mula menggunakan Telegram Stories ini hari ini.