Teliti semula imbuhan penjawat awam: Cuepacs

17 Feb 2023 • 1:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Imbuhan penjawat awam perlu diteliti semula berikutan kenaikan harga barangan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata kerajaan seharusnya peka kuasa membeli penjawat awam berdasarkan gaji semasa yang diterima.

“Meskipun tidak menjurus kepada kenaikan gaji, kerajaan perlu melihat bagaimana mampu menangani peningkatan kos sara hidup sekaligus memberi kuasa membeli yang selesa.

“Situasi ekonomi kini menyebabkan kakitangan awam merasa terkesan dengan gaji semasa, oleh itu kerajaan harus melihat kembali bentuk-bentuk imbuhan yang ada dan memikirkan bagaimana untuk menambah elaun yang diterima.

“Contohnya, penjawat awam yang tinggal di kuarters seharusnya tidak mengalami pemotongan dua imbuhan iaitu Bantuan Sara Hidup (Cost Of Living Assistance-COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) seperti yang terjadi di Semenanjung.

“Kita setuju dengan pemotongan ITP tetapi imbuhan COLA seharusnya tetap diberikan kepada mereka bagi memberi kelegaan dan boleh meningkatkan kuasa membeli,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Terdahulu, Juhar menerima kunjungan Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Bulat Sugurbayev bertujuan membincangkan pengembangan hubungan dua hala dan kerjasama dalam aspek pendidikan.

Beliau menyatakan sebanyak 7,000 orang pelajar Kazakhstan telah menyambung pelajaran di Malaysia sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu dan akan melihat peluang dalam sektor pelancongan, pelaburan serta pelaburan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.