Teliti semula syor pindaan Akta Kawalselia Padi dan Beras, kawalan gred dan harga - Armizan

Politics
10 Sep 2023 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, mencadangkan kepada kerajaan untuk meneliti semula syor pindaan ke atas Akta Kawalselia Padi dan Beras (Akta 522) 1994, Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan) (No.5) 2008.

Katanya, cadangan itu telah dikemukakan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam mesyuarat Kabinet yang juga diambil maklum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.

Beliau juga telah menghubungi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung cadangan pindaan akta tersebut untuk mengadakan perbincangan segera antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Kita berharap supaya kedua-dua pihak dapat berunding dan d