Telupid lokasi Bengkel Vokal dan Pengadilan

LocalMusic
29 Aug 2025 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

DAERAH Telupid menjadi destinasi terbaharu siri jelajah seni Bengkel Vokal dan Pengadilan (Skop Etnik Sabahan serta Antarabangsa) yang bakal diadakan pada 30 Ogos di Dewan Mini Aisyah Dealova, Pekan Telupid.

Program anjuran MV Event & Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Rekreasi Artis Sabah (Keras) itu merupakan siri Jelajah Seni Muzik dan akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telupid yang juga Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jonnybone J Kurum.

Bengkel dijadualkan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang berkenaan akan memberi peluang kepada peserta untuk mendalami teknik vokal, apresiasi muzik serta kaedah pengadilan pertandingan terkini berasaskan skop etnik dan antarabangsa.

Tenaga pengajar utama ialah Pengetua Fortissimo Music Studio Rhowell Rolland Raymond Pagi selain seorang pensyarah Ensembel Vokal di UiTM Cawangan Sabah yang akan berkongsi pengalaman luas beliau dalam bidang seni vokal.

Kehadiran Rhowell dijangka memberi nilai tambah kepada para peserta khususnya dalam memperkayakan ilmu vokal profesional serta aspek teknikal pengadilan.

Pengerusi Penganjur Sylviana Viana Saiki yang juga Pengarah MV Event & Entertainment berkata penganjuran bengkel terbabit adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya untuk memperkukuh seni muzik serta menyediakan ruang dan peluang kepada bakat baharu mahupun lama dalam industri khususnya di daerah Telupid dan kawasan sekitarnya.

“Bengkel seperti ini bukan sahaja disertai oleh peserta dari Telupid malah turut menarik minat dari luar daerah.

“Kehadiran peserta dari pelbagai kawasan membuktikan bahawa program sebegini relevan untuk memperkukuh seni muzik dalam konteks yang lebih luas.

“Sebelum ini bengkel yang sama telah beberapa kali diadakan di Kota Kinabalu, Ranau, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu dan Tuaran.

“Usaha berterusan ini mencerminkan tekad MV Event untuk mengembangkan, melahirkan bakat baharu serta mengangkat martabat budaya tempatan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

View Original Article