
PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi jaminan bekalan telur mencukupi untuk kegunaan domestik sehingga akhir tahun ini.
FLFAM dalam kenyataan berkata, tiada tanda kekurangan bekalan bahan mentah yang serius bagi pengeluaran makanan ayam.
“Bekalan makanan ayam semasa adalah mencukupi,” menurut FLFAM, sambil menambah negara kini juga bebas daripada sebarang penyakit ayam serius.
Kenyataan itu sekali gus menafikan laporan sebuah akhbar baru-baru ini, bekalan telur diramal merosot 50% kepada 585 juta biji menjelang Disember, berikutan kegagalan kerajaan menangani masalah bekalan anak ayam serta dedak.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Laporan itu juga menyebut negara diramal mengalami masalah bekalan ayam menjelang Ogos apabila wakil persatuan ternakan ayam di wilayah tengah Semenanjung, turut mengesahkan perkara itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

