Telur kicap alas perut tiga beranak, berlapar ke sekolah

LocalFamily & Parenting
15 Oct 2026 • 8:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Telur kicap alas perut tiga beranak, berlapar ke sekolah

SEREMBAN – Telur goreng berlauk kicap menjadi hidangan harian seorang ibu tunggal, Nurain Afeeza Ab. Ghani, 37, bersama anak kembarnya demi mengalas perut mengharungi hari-hari yang penuh kesempitan.

Jika ada wang lebih, barulah me­reka dapat menikmati ikan yang dikongsi tiga beranak.

Lebih memilukan, kesempitan hidup turut memaksa kedua-dua anaknya, Nur Alya Shafiqa Ibrahim dan Muhammad Fariz Adam Ibrahim, berusia 14 tahun ke sekolah tanpa wang belanja.

Menurut Nurain, anak-anak­nya memahami kesempitan ke­wa­ngan keluarga dan tidak ba­nyak meminta walaupun mem­punyai keinginan seperti rakan sebaya.

“Jika tiada lauk, saya sediakan lempeng tepung bersama gula atau mi segera bercampur kari un­tuk dimakan dengan nasi. Kalau ada duit, saya beli ikan. Kalau tiada, makan telur kicap sa­hajalah.

“Beras sahaja boleh menelan belanja sekitar RM50, sedangkan wang yang ada perlu dibahagikan untuk makanan, sewa rumah, bil utiliti dan persekolahan,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Machang Hi­lir, Lenggeng di sini semalam.

Berasal dari Pasir Mas, Kelantan, Nurain kini menetap bersa­ma dua anaknya di rumah sewa di Kampung Machang Hilir sele­pas terpaksa berpindah dari rumah sewa terdahulu di Paroi atas kekangan kewangan.

Katanya, kedua anaknya pun ter­paksa ditukarkan sekolah ke si­ni.

“Saya baharu berpindah ke si­ni dua minggu lalu, sebab dapat ru­mah sewa lebih murah. Saya ti­dak mampu bekerja kerana me­nga­lami masalah kesihatan akibat ke­malangan.

“Saya hanya bergantung ban­­tuan Jabatan Kebajikan Ma­sya­rakat sebanyak RM350 dan Bai­tulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebanyak RM400 sebulan.

“Jumlah RM750 itu menjadi sumber utama kewangan keluarga kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menya­lurkan ke akaun Bank Islam bernombor 05-012-02-637259-3 atas nama Nurain Afeeza Ab. Gha­ni.

The post Telur kicap alas perut tiga beranak, berlapar ke sekolah appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved