Tema Konsol Klasik PlayStation Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5 Secara Kekal

TechnologyGamingDigital
25 Apr 2025 • 11:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sempena ulang tahun ke-30 Disember lalu, Sony memberikan tema klasik konsol PlayStation 1, PlayStation 2, PlayStation 3 dan PlayStation 4 diberikan pada PlayStation 5. Ciri ini cukup popular tetapi hanya ditawarkan untuk tempoh yang terhad dengan ia dinyahaktifkan oleh Sony selepas beberapa bulan. Semalam, kemas kini terkini PlayStation 5 telah diberikan dan kini semua tema klasik boleh diaktifkan pemilik secara kekal.

image is not available

Keputusan memberikan ciri ini secara kekal diambil selepas ia menerima reaksi luar biasa daripada pemilik dan ramai meminta ia dikembalikan semula. Selain tema serta audio daripada PlayStation 1, PlayStation 2, PlayStation 3 dan PlayStation 4, animasi serta but naik PS5 juga diubah kepada animasi but PlayStation asal yang cukup ikonik. Untuk mengubah tema, anda harus pergi ke tetapan Appearance di dalam konsol.

Selain tema konsol, kemas kini turut memberikan ciri baharu “audio focus”. Menerusi ciri ini tetapajn audio menggunakan fon kepala boleh diperibadikan dengan tumpuan kepada suara, mengubah keseimbangan saluran audio dan tahap kekuatan fokus audio yang ingin digunakan.