Teman lelaki wanita hina Islam di kelab komedi ditahan

11 Jul 2022 • 3:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis menahan teman lelaki kepada seorang wanita disyaki menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepasukan anggota polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan lelaki itu di sini pada Ahad.

"Lelaki tersebut telah ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Noorsiah berkata, pihaknya akan buat permohonan untuk menyambung reman suspek wanita yang ditahan pada Sabtu lalu, selepas tempoh remannya tamat pada Selasa.

"Kertas siasatan akan segera dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan," ujarnya.

Terdahulu, video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) sekali gus menerima kecaman daripada orang ramai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved