Teman Wanita Hamil Anak Orang Lain, Lelaki Rayu Jadi ‘Pak Sanggup’

Family & Parenting
2 Feb 2024 • 5:30 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki rayu untuk jadi ‘pak sanggup’ kepada teman wanitanya yang hamil anak luar nikah walaupun bukan darah daging sendiri.

Menerusi satu perkongsian di TikTok @sikuat_8 atau Abib, lelaki itu memuat naik beberapa tangkap layar perbualan bersama kekasihnya yang diminta mencari wanita lain.

image is not available

Lelaki rayu jadi ‘pak sanggup’

image is not available

image is not available

Dalam perbualan mereka berdua, wanita tersebut berkata dirinya tidak layak untuk Abib kerana telah dihamilkan oleh lelaki lain.

“Kamu carilah wanita lain, saya ini bukan orang yang baik. Saya hamil tapi bukan anak kamu, jangan paksa saya untuk bersama dengan kamu.

“Lupakan saya,” kata wanita tersebut.

image is not available

Namun begitu, Abib tidak mahu meninggalkan wanita berkenaan sebaliknya sanggup bertanggungjawab asalkan mereka masih bersama.

“Saya dah cakap, saya sanggup bertanggungjawab. Yang penting kamu ada dengan saya. Tolong jangan tinggalkan saya.

“Kamu mengandung bukan anak saya pun tak apa, saya boleh terima. Tapi jangan tinggalkan saya. Saya sanggup berkahwin dengan kamu.

image is not available

“Nanti tolong bagitahu kepada keluarga saya yang itu anak saya,” kata Abib.

Bagaimanapun, wanita itu berkeras tidak mahu menerima Abib walaupun lelaki yang membuat dirinya hamil tidak mahu bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Abib juga ada membuat beberapa perkongsian lain menunjukkan dia terpaksa menerima keputusan dibuat wanita terbabit.

Pada perkongsian terbaru, Abib memaklumkan dihubungi wanita tersebut yang mengatakan dia telah menyebarkan aib di media sosial.

Namun begitu, Abib berkata dia tiada niat sebegitu tetapi luahan yang dimuat naik menjadi tular tanpa disengajakan.

@sikuat_8

kaget tdi ditelfon lngsung di maki-maki #brokenheart #fitnah

♬ drunk text – Henry Moodie

Kalau dah sanggup terima kisah silam, memang dia sayang separuh mati tetapi malangnya wanita itu seolah-olah memberi alasan ‘awak terlalu baik untuk saya’!

Sumber: TikTok @sikuat_8