Teman Wanita Sambut Hari Jadi Ke-30, Netizen ‘Cair’ Lihat Lee Kwangsoo Romantik Pada Lee Sunbin

Music
8 Jan 2024 • 12:44 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sukanya tengok hubungan bahagia pasangan Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin!

Pada 7 Januari, Lee Sun-bin telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 dan juga berkongsi beberapa gambar di Instagram.

Tulis wanita itu dengan meluahkan rasa syukurnya pada peminat,

2024.01.07
Kepada semua yang mengucapkan tahniah kepada saya, saya sayang awak, terima kasih, saya minta maaf, saya akan lakukan yang lebih baik..
Dan Haekong (nama kelab peminat) yang membuat saya terjerumus ke dalam paya kebahagiaan hari ini..

Apa yang menarik perhatian, kekasihnya iaitu Lee Kwang-soo juga dilihat menjadi orang terawal yang menekan butang ‘like’ untuk hantarannya tersebut, menunjukkan hubungan mereka yang masih kukuh meskipun selepas 7 tahun bersama.

Menerusi ruangan komen, peminat menulis,

Cepatnya Kwang-soo like gambar ni!

 

Mesti Kwang-soo kan yang ambilkan gambar tu.

 

Selamat hari jadi teman wanita Lee Kwang-soo~

 

Muat naik la gambar dengan Kwang-soo

Lee Kwang-soo memang sentiasa supportive tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.