Tembakan bawah mata sebabkan isteri Lans Koperal maut serta-merta

5 Mar 2023 • 7:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di rumah mangsa. - Foto Astro Awani

KANGAR - Polis mengenal pasti satu das tembakan mengenai bawah mata kiri menyebabkan kematian isteri kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang ditemukan di dalam bilik tidur di rumah keluarga mangsa di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, tembakan itu dipercayai dilepaskan kira-kira jam 7 pagi tadi mengakibatkan mangsa mati serta-merta.

“Ketika kejadian terdapat suspek dan isteri serta bapa dan ibu mangsa di dalam rumah terbabit.

“Suspek melepaskan beberapa das tembakan namun hanya satu tembakan mengenai bawah mata kiri menyebabkan mangsa maut.

“Suspek berusia 27 tahun berpangkat Lans Koperal bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah ditahan dan akan mendapatkan reman esok (Isnin),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Yusharifuddin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun jelas Yusharifuddin, polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved