Tembakan Di SCM: Seorang Lelaki Cedera, Suspek Tahan Kereta Tak Dikenali Dan Larikan Diri

LocalPolitics
9 Feb 2025 • 8:06 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tembakan

Negara digemparkan dengan satu kejadian tembakan di pusat beli belah, Setia City Mall kira-kira 10 malam tadi.

Kejadian menyebabkan seorang mangsa warga asing yang merupakan pekerja pembersihan cedera di bahagian kaki.

Mangsa segera dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Suspek lepaskan sekurang-kurangnya 8 das tembakan

image is not available

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama berkata, suspek tiba di pusat beli belah berkenaan kira-kira jam 10 malam lalu menuju ke arah mangsa.

Suspek yang merupakan warga tempatan itu kemudian melarikan diri selepas melepaskan 8 das tembakan tanpa amaran sehingga menimbulkan situasi panik dalam kalangan pengunjung.

Suspek larikan diri dengan menahan kereta secara paksa

image is not available

Jelasnya, suspek lari dengan menahan sebuah kenderaan secara paksa. Pemandu tersebut dipaksa membawa suspek keluar dari kawasan itu sebelum dia diturunkan di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Pemandu yang trauma dengan kejadian itu kemudiannya membuat laporan polis.

Polis kini sedang giat memburu suspek dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan bagi memastikan penjenayah ini segera ditangkap.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.