Tempa Nama Di Arena Memasak UK, Wanita Malaysia Juara The Great British Bake Off Musim 13

16 Nov 2022 • 3:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rakyat Malaysia muncul juara

Tempa Nama Di Arena Memasak UK, Wanita Malaysia Juara The Great British Bake Off Musim 13. Seorang rakyat Malaysia berjaya cipta sejarah apabila menjadi pemenang dalam siri rancangan televisyen terkenal United Kingdom (UK) The Great British Bake Off bagi musim ke-13 lapor media.

Merupakan penyelidik kardiovaskular di London, Syabira Yusoff, 32 menyingkirkan dua peserta akhir dalam siri rancangan tersebut untuk mencul sebagai juara.

Menerusi episod final, ketiga-tiga peserta akhir ditugaskan menghasilkan makanan berkelah pada musim panas menggunakan bahan bermusim dari seluruh UK.

image is not available
Tempa Nama Di Arena Memasak UK, Wanita Malaysia Juara The Great British Bake Off Musim 13

Ganti daging babi dengan cendawan

Mereka dikehendaki membakar kek mini, pai sayuran dan sandwic menggunakan roti putih yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

Bagi penuhi kriteria tema itu, Syabira menghasilkan pai tanpa daging babi dengan menggunakan cendawan.

Syabira menyatakan kemenangan itu merupakan pencapaian terbesar dalam hidupnya.

image is not available
kredit foto: Instagram syabira_bakes

Semua kerja keras, percubaan dan kesalahan yang dilakukan adalah berbaloi. Saya amat berbangga dengan pencapaian ini

Syabira Yusoff

The Great British Bake Off merupakan siri realiti televisyen yang popular menyaksikan para peserta bersaing menjadi pembuat roti amatur terbaik di negara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved