Tempah Makanan Kini Di Hujung Jari, ShopeeFood Sudah Sampai Di Kota Kinabalu

14 Jul 2022 • 2:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada banyak promosi best-best!

Tempah Makanan Kini Di Hujung Jari, ShopeeFood Sudah Sampai Di Kota Kinabalu. Perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, ShopeeFood kini sudah boleh digunakan oleh penduduk tempatan di sini.

Perkhidmatan penghantaran makanan terus di depan pintu rumah kini semakin luas di Kota Kinabalu, jadi penduduk tempatan di sini tak perlu risau lagi dengan masalah kekurangan rider hantar makanan nanti.

image is not available
Tempah Makanan Kini Di Hujung Jari, ShopeeFood Sudah Sampai Di Kota Kinabalu

Tempah makanan dengan mudah

Fikir saja nak makan apa, daripada pencuci mulut hingga ke makanan kegemaran anda kini sentiasa ada di hujung jari sahaja dengan ShopeeFood.

Hanya dengan menekan ikon ‘ShopeeFood’ di aplikasi Shopee, anda boleh memilih senarai restoran menarik yang telah disediakan.

image is not available

Promosi ditawarkan ShopeeFood

Apa yang lagi menarik adalah ShopeeFood juga ada menyediakan promosi sebanyak potongan harga makanan 50% dan juga penghantaran percuma buat para pelanggan di Kota Kinabalu. Selain itu, ada banyak lagi promosi lain yang ditawarkan juga.

Tunggu apa lagi, bagi anda yang belum lagi mempunyai akaun Shopee, muat turun sekarang!

Lagi di sini cerita menarik buat anda: