Tempahan 500 pesawat Airbus IndiGo cipta rekod baharu

20 Jun 2023 • 10:48 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PARIS: Syarikat penerbangan terkemuka India mencipta rekod baharu untuk perjanjian pembelian terbesar dalam sejarah penerbangan komersial, umum Airbus pada Isnin.

IndiGo membuat tempahan 500 pesawat Keluarga A230 baharu, kata Airbus pada hari pertama Pameran Udara Paris 2023. Ini bermakna syarikat penerbangan India itu akan mempunyai sejumlah 1,330 pesawat Airbus dalam tempahan, menjadikannya pelanggan Keluarga A320 terbesar di dunia, kata Xinhua.

Juga pada Isnin di Pameran Udara Paris, syarikat penerbangan Arab Saudi, Flynas mengesahkan tempahan dengan Airbus untuk 30 pesawat Keluarga A320neo baharu. Ini bermakna Flynas kini mempunyai sejumlah 120 pesawat A320neo dalam tempahan, kata Airbus.

Sementara itu, Air Mauritius mengesahkan tempahan tiga pesawat A350, bagi mengembangkan rangkaiannya di Eropah dan Asia Selatan.

Pesawat Keluarga A320 mempunyai kabin satu lorong terbesar dari mana-mana pesawat dan menggabungkan teknologi terkini, menurut Airbus.

Keluarga A320neo dipasang di empat lokasi di seluruh dunia iaitu Hamburg (Jerman), Toulouse (Perancis), Mobile (AS) dan Tianjin (China). -Bernama