Huawei Malaysia telah membuka tempahan awal untuk tablet terbaharu mereka, Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025. Ia direka untuk memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai situasi seperti bekerja, belajar dan berhibur.

Tablet ini dilengkapi dengan skrin IPS LCD bersaiz 11.5 inci yang menggunakan teknologi Huawei FullView PaperMatte Display. Ini dipadankan dengan resolusi 2456 × 1600 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Ia juga hadir dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB, serta menyokong sambungan WiFi sahaja.
Dari segi kamera, tablet menampilkan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP untuk kegunaan swafoto dan panggilan video. Bateri berkapasiti 10,100 mAh disertakan bersama sokongan pengecasan pantas 40W melalui teknologi HUAWEI SuperCharge.

Tablet ini juga didatangkan dengan papan kekunci boleh tanggal yang disertakan dalam kotak. Ia turut menyokong stylus M-Pencil generasi ketiga dan dilengkapi ciri Magic Memo bagi memudahkan pengguna mencatat nota dengan lebih lancar. Dengan berat sekitar 515gram, tablet ini direka agar mudah dibawa dan digunakan sepanjang hari.
Untuk mereka yang berminat, tempahan awal kini dibuka dengan bayaran deposit sebanyak RM50. Pembeli yang membuat tempahan awal akan menerima rebat RM50 dan disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM698.
