Tempahan Minat Xpeng G6 Facelift 2025 Kini Dibuka – Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

LocalCars
24 Sep 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Beberapa bulan selepas kemunculan globalnya di China, model facelift, Xpeng G6 2025 kini bakal tiba di pasaran Malaysia. Pendaftaran minat (ROI) model ini telah dibuka melalui laman web rasmi Xpeng Malaysia.

Tiada Varian Asas?

Menariknya, barisan terbaru G6 tidak menampakkan kehadiran varian asas 580 Pro, dan kini hanya ditawarkan dalam tiga varian baharu. Varian paling rendah ialah RWD Long Range Pro.

image is not available

Buat masa ini, tiada spesifikasi rasmi dikongsikan, namun jika dilihat daripada versi yang dipasarkan di jiran kita, Singapura, varian RWD Long Range Pro menggunakan bateri 80.8 kWj dengan jarak pemanduan sehingga 525 km (WLTP). Ia menyokong pengecasan AC 11 kW serta DC 450 kW, membolehkan pengecasan 10-80% dibuat dalam masa hanya 12 minit sahaja.

Model ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal di belakang (RWD) yang menghasilkan 292 hp dan tork 440 Nm. Ia mampu membuat pecutan abad, 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat dengan kelajuan maksimum 202 km/j.

Varian Lebih ‘Power’ & Menawan

image is not available

Varian kedua, AWD Performance, dikatakan menggunakan bateri yang sama, tetapi dipacu oleh dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa gabungan 480 hp dan tork 660 Nm. Masa untuk pecutan 0-100 km/j dipendekkan ke 4.7 saat dengan jarak pemanduan WLTP sekitar 510 km.

image is not available

Malaysia juga akan menerima varian istimewa AWD Black Edition, yang dipercayai menampilkan penambahbaikan kosmetik berasaskan varian AWD Performance. Spesifikasi enjin dan bateri dijangka seakan sama.

Tiada Lagi Warna Jingga

image is not availableimage is not available

Dari segi reka bentuk, facelift G6 Malaysia akan menampilkan ciri yang serupa seperti model di pasaran domestiknya, China. Perubahan utama ialah lampu nyalaan siang LED yang berkelebaran penuh pada bahagian depan dan rim aloi dalam rekaan terbaru.

image is not available

Model ini ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Stellar Purple, Midnight Black, Graphite Gray, Silver Frost dan Arctic White. Warna jingga tidak lagi ditawarkan.

image is not available

Sementara itu, warna gelap Midnight Black hanya boleh didapati untuk varian AWD Black Edition. Beberapa bahagian badan seperti rim turut dicat hitam sepadan dengan tema varian istimewa ini.

image is not available