Tempahan untuk Proton S70, pesaing Honda Civic telah dibuka dengan deposit RM500 sahaja

Cars
1 Nov 2023 • 2:57 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengeluar kereta nasional, Proton memperkenalkan model kereta sedan baharu, S70. Tempahan untuk model ini juga sudah dibuka di semua cawangan pengedar Proton dengan bayaran deposit RM500.

Proton S70 adalah model sedan baharu pertama yang perkenalkan dalam tempoh 7 tujuh tahun selepas Proton Persona yang dilancarkan pada 2016. Ia juga adalah model kedua baharu yang dilancarkan Proton pada tahun 2023.

Proton S70 merupakan model Proton keempat yang dibangunkan bersama Geely, pembuat kereta China, selepas X70, X50 dan X90 hibrid. Sama seperti semua model yang diperkenalkan Proton bersama Geely, sedan baharu ini dibangun berdasarkan Geely Emgrand, generasi keempat.

Setakat ini masih tidak dapat dipastikan varian yang ditawarkan ataupun harganya. Namun apa yang boleh dipastikan, S70 yang hadir dengan slogan "Intelligence that Evolves" ini, dijana enjin 1.5 liter turbo dengan bersama gadingan kotak gear klac berkembar transmisi automatik.

Sebelum majlis pelancaran rasminya, pelanggan yang berminat boleh melakukan pra-tinjauan untuk melihat model ini secara lebih dekat dan peribadi di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula 11 November 2023 nanti.

Bacaan berkaitan: