Tempat duduk tiga MP pembangkang sokong Anwar bertukar

Politics
14 Nov 2023 • 4:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hantaran di aplikasi X Syahredzan pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kedudukan kerusi tiga daripada empat ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditukarkan dalam Dewan Rakyat.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menerusi hantaran di aplikasi X pada Selasa.

"Tiga MP (ahli Parlimen) Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dipindahkan ke belakang YB Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman)," katanya.

Sebelum ini Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilapor menerima permohonan empat ahli Parlimen berkenaan untuk menukar kedudukan kerusi di Dewan Rakyat.

Permohonan tersebut dibuat Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Dalam pada itu Syahredzan turut memaklumkan, kerusi Ahli Parlimen Kuala Kangsar masih belum bertukar.

"Masih sama setakat sekarang," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved